Google+ Konvensyen Pejuang Hartanah
10a6a7a4a1a2a5a8a9a3a

Dari Meja: Pejuang Hartanah

Tarikh:

Sebelum anda teruskan pembacaan, izinkan saya tanya beberapa soalan kepada anda:

- Pernahkah anda terfikir kenapa anda masih tidak memiliki hartanah sendiri walaupun sudah bekerja? 

- Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka dapat memiliki lebih daripada satu rumah pelaburan? 

- Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka boleh menjadi jutawan dengan hanya menjadi pelabur atau ejen hartanah? 

- Pernahkah anda terfikir kenapa pinjaman rumah anda sering ditolak oleh pihak bank? 

- Pernahkah anda terfikir di mana lokasi hot yang sesuai untuk anda melabur dalam hartanah? 

- Pernahkah anda terfikir apa undang-undang yang wajib anda ketahui dalam proses pemilikan dan pelaburan hartanah? 

- Pernahkah anda terfikir bagaimana seorang pemilik bisnes atau usahawan dapat mengembangkan perniagaan dengan pelaburan hartanah? 

- Pernahkah anda terfikir bahawasanya pemilikan hartanah adalah dituntut dalam Islam? 

Jika anda menjawab "YA" bagi salah satu soalan di atas, sila teruskan pembacaan.

Jika anda menjawab "TIDAK" bagi semua soalan di atas, sila tinggalkan website ini sekarang.

Baiklah, terima kasih kerana meneruskan pembacaan anda.

Anda jangan risau. Saya boleh bantu selesaikan masalah anda di atas. Saya bersama 9 orang Pejuang Hartanah yang lain teringin sangat untuk menjawab segala persoalan yang ada dalam fikiran anda sekarang. Kami, Pejuang Hartanah telah bersatu hati untuk membimbing anda sekarang di:

KONVENSYEN PEJUANG HARTANAH 2014
Tarikh: 3 dan 4 Mei 2014
Masa: 8.30am hingga 8.30pm
Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC)

RM1,000 RM444 untuk seorang
atau RM699 sahaja untuk 2 orang (ANDA JIMAT RM189)

Harga dinaikkan pada 2 Mei 2014.

Kenapa anda tidak mula miliki hartanah sekarang walaupun sebagai orang MELAYU, anda sedar ianya SANGAT PENTING?

Sebab..... Takut? Risau? Cemas? Tak pasti? Jadi bilakah ANDA mesti melabur dan memiliki hartanah dengan penuh yakin? Makin lama harga hartanah semakin melambung tinggi, ia berita sedih buat anda tetapi berita gembira buat pemilik hartanah.

Oleh sebab itu:

Konvensyen ini diadakan untuk anda. Konvensyen Pejuang Hartanah (KPH) adalah sebuah konvensyen yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kenapa KPH ini berbeza:

  1. 10 PAKAR DALAM 1 KONVENSYEN!
  2. Buat julung-julung kalinya, konvensyen ini akan menghimpunkan 10 pakar tersohor yang dianggap PEJUANG HARTANAH Malaysia, yang akan berkongsi rahsia maklumat power dan terkini.

  3. KPH BUKAN SALES EVENT!
  4. Konvensyen ini bukan sales event seperti event lain di mana speakers akan memberi preview dan tidak berkongsi ilmu yang power. Pakar-pakar semasa konvensyen ini akan mempersembahkan ilmu dan maklumat yang berguna dan strategi sebenar.

Apabila anda membuat keputusan untuk menyertai Konvensyen Pejuang Hartanah sekarang, anda akan menjadi pelabur hartanah yang bertuah mempelajari 12 ilmu menakjubkan yang berikut:

  1. Teknik Analisa Peta: Gempur Komando
  2. Lokasi, lokasi, lokasi! Ramai pelabur hartanah tahu lokasi sangat penting TETAPI tiada sesiapa yang berkongsi mana lokasi meleTOP hartanah. Buat pertama kali, Komander Hartanah Ahyat Ishak akan membongkarkan rahsia teknik analisa yang dicipta khasnya bagi menggempur lokasi-lokasi hangat hartanah. Mungkinkah anda bernasib baik melihat Komander Hartanah membuat demonstrasi secara LIVE pada hari Konvensyen? Nantikan debarannya!

  3. Maklumat Pasaran Hartanah yang sebenar
  4. Maklumat, statistik dan fakta tentang pasaran hartanah adalah umpama oksigen bagi seorang Pejuang Hartanah. Ketahui maklumat dan statistic sebenar daripada sebuah syarikat Property Consultancy tersohor di Malaysia.

  5. Update terkini projek infrastruktur
  6. Apabila semua projek infrastruktur mega siap beberapa tahun lagi, pasaran hartanah Malaysia akan jadi sama seperti pasaran-pasaran hartanah yang sudah matang. Ketahui update projek-projek mega ini dan pelajari bagaimana ia memberi impak kepada lanskap pelaburan hartanah.

  7. Formula U+H
  8. Ada segelintir kumpulan rahsia peniaga yang mengecapi kekayaan berganda daripada perniagaan dan pelaburan hartanah. Ketahui rahsia formula kekayaan terunggul: U+H dan bagaimana ramai usahawan dan peniaga mampu mencipta kemewahan yang menakjubkan dengan pelaburan hartanah.

  9. Gerbang Lubuk Emas Hartanah

    Ramai pelabur hartanah biasa-biasa tidak tahu menggunapakai strategi LMLK: Leverage Masa dan Leverage Kepakaran dan menyebabkan kebolehan mencapai peluang-peluang pelaburan keemasan terbantut. Pelajari rahsia bagaimana pelabur hartanah dapat mencari lubuk hartanah emas dengan rakan kongsi paling penting: Ejen Hartanah.

  10. Impak MRT & IM (Iskandar Malaysia)

    Benarkah semua projek mega akan membawa kebaikan kepada pasaran hartanah? Ketahui baik buruknya dan maklumat penting bagaimana impak sebenar MRT ke pasaran hartanah di Malaysia dan ketahui apa cerita sebenar mengenai Iskandar Malaysia.

  11. Apa itu Bumi Lot, Bumi Kuota, Bumi Reserve

    Sudah ramai penganalisa pasaran hartanah telah mengatakan bahawa pasaran hartanah akan benar-benar menggelegak dan meleTOP apabila kumpulan pelabur hartanah golongan Bumiputera activated. Pelajari pelaburan hartanah bumiputera dari perspektif perundangan hartanah.

  12. Pengurusan Penyewa

    Kalau nak jadi TYCOON hartanah, tak mungkin dicapai dengan cara flipping semata-mata! Rahsia mencipta kekayaan dalam pelaburan hartanah terkandung dalam skill menyewa. Pelajari ilmu mencari dan menguruskan penyewa dan bagaimana penyewa akan menjadi partner ajaib yang akan mencipta kemewahan bagi anda.

  13. Pelaburan Hartanah dan Pengurusan kewangan peribadi

    Pelaburan hartanah hanya salah satu kenderaan yang mampu mencipta kekayaan bagi diri anda. Ada pelbagai kenderaan lain juga. Tetapi, asas kejayaan terunggul bertapak di atas kemahiran pengurusan kewangan peribadi. Ketahui kenapa ramai pelabur hartanah akan gagal kalau tidak tahu menguruskan kewangan peribadi dan langkah-langkah untuk menyelesaikannya.

  14. Islam dan Harta

    Ramai yang mempunyai dilema tentang keinginan mencipta kekayaan dan mengumpul harta di dunia. Dilema ini membantut keupayaan seorang Pejuang Hartanah terus progresif. Ketahui konsep pengumpulan harta dari sudut Islam dan bagaimana ramai Pejuang Hartanah Islam yang secara senyap menjuarai ekonomi di dunia berpaksi syiar Islam.

  15. Yang mana pembohongan yang mana kebenaran

    Majoriti pelabur hartanah telah diracuni pembohongan dan kepercayaan dusta tentang pelaburan hartanah yang mengaburi deria pelaburan mereka. Ketahui pembohongan terbesar dalam pelaburan hartanah dan realiti sebenarnya supaya seorang Pejuang Hartanah dapat membuat keputusan pelaburan yang terbaik!

  16. BONUS: Rahsia lokasi lubuk hartanah terbongkar!

    Pejuang Hartanah akan mendedahkan rahsia lokasi lubuk hartanah dengan menggunakan Teknik Analisa Peta: Gempur Komando. Pelabur hartanah akan melihat sendiri teknik analisa peta secara LIVE ke atas lokasi ini.

 

TEMPAH TIKET ANDA SEKARANG!

Ahyat Ishak/Komander Hartanah

Ahyat Ishak adalah penulis buku The Strategic Property Investor, dan juga versi Bahasa Malaysia Pejuang Hartanah. Beliau adalah pengasas program Pejuang Hartanah yang memperjuangkan pemilikan dan pelaburan hartanah dalam kalangan orang Melayu. Beliau mula melabur dalam hartanah lebih daripada 11 tahun yang lalu dan telah bergelar jutawan hartanah sebelum umur 30 tahun, walaupun tidak datang dari keluarga yang kaya. Selepas membeli hartanah pertamanya bernilai RM100,000 di Cheras, kini empayar hartanahnya mengandungi hartanah bernilai jutaan ringgit di serata Malaysia.

Daripada pengalaman beliau dan kesempatan dapat belajar daripada pelabur hartanah jutawan, beliau telah menemui Formula Kekayaan Sebenar™ dan telah mendaftarkan Model Pelaburan Hartanah Terunggul™, yang menjadi garis panduan kepada semua seminar, bengkel dan perkongsian ilmunya.

Ahyat Ishak adalah seorang speaker dalam pelaburan hartanah di dalam dan luar negara. Beliau pernah berucap di expo hartanah terbesar di seluruh negara mahupun di luar negara seperti MAPEX, iProperty.com, PropertyGuru, Property Hunter dan juga di majlis-majlis seperti MAPIS (Malaysian Annual Property Investment Summit), MAPC (Malaysian Annual Property Conference), MSI (Multiple Sources of Income) Summits dan PRISM (Property Investment Summit).

Dr. Shah Razali

Beliau adalah self-made millionaire dan mempunyai pengalaman luas di dalam perbankan konvensional dan perbankan islam. Seorang ahli perniagaan dan perunding kejurulatihan dan pembangunan usahawan yang berjaya. Beliau merupakan pelabur dan pakar dalam industri hartanah.

"TRUE COACH OF PROPERTY INVESTMENT!!"

Beliau telah bergelumang dalam sektor ini sejak 2001 dan telah mengharungi sepak terajang di dalam pelaburan hartanah. Pernah mengalami kerugian di dalam hartanah dan berjaya mendapat jalan penyelesaian daripada semua masalah dan kesilapannya. Kini beliau bangkit semula untuk berkongsi strategi yang betul tanpa anda perlu lalui apa yang telah beliau lalui. Fokus dan harapan beliau adalah untuk melihat lebih ramai bumiputera menjadi hartawan hartanah di Malaysia!

Faizul Ridzuan

Faizul Ridzuan memiliki 23 hartanah dalam masa 5 tahun sahaja! Bermula dengan modal serendah RM2,000.00, terkini beliau telah membeli hartanah bernilai RM5 juta.

Pengarang buku terlaris di pasaran bertajuk “WTF? 23 properties by 30” mensasarkan untuk berkongsi perjalanan pelaburan dan membimbing pelabur serta mengajar masyarakat yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah untuk melabur secara berhemah dan menguntungkan.

Buku beliau menjadi laris hanya dalam masa dua minggu dilancarkan di rangkaian kedai buku MPH & Kinokuniya. Beliau juga salah seorang panel di Forum Hartanah Property WTF yang sentiasa memberi panduan terkini kepada pelabur hartanah.

Beliau aktif berkongsi pengalaman beliau menjadi pelabur hartanah di dalam majlis-majlis Perhimpunan Pelabur Hartanah. Beliau juga gemar memberi nasihat kepada para pelabur hartanah secara atas talian (online).

Rohaniah Noor

Beliau adalah seorang Blogger Hartanah (www.propertywaltz.com) yang menceritakan tentang pengalaman-pengalaman beliau di dalam bidang hartanah selama beliau berkecimpung dalam industri Pelaburan Hartanah.

Beliau juga adalah Jurulatih Pelaburan Hartanah yang membantu masyarakat di luar sana yang berminat untuk menjadikan pelaburan hartanah sebagai salah satu "kerjaya" mereka.

Rohaniah Noor memiliki Ijazah dalam Pengajian Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara dan Ijazah Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Petronas serta pemegang Diploma Lanjutan dari Universiti Teknologi Mara. E-book beliau yang terkenal adalah Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah dan 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar.

Beliau adalah seorang pelabur yang memberi fokus kepada hartanah yang masih di dalam pembinaan dan berkepakaran di dalam pemasaran Sub Sale.

Yusnizam Yusoff

Dalam bidang hartanah dikenali sebagai Yus 1Hartanah.Com. Penglibatan beliau dalam bidang ini bermula pada bulan September 2008. Ejensi yang bertuah sudi menerima beliau adalah Rescom Realty sebuah ejensi Real Estate Company bumiputera yang beroperasi di Bandar Baru Bangi.

Walaupun beliau masih baru dalam bidang ini, tetapi beliau cepat belajar dan banyak belajar daripada Senior Ejen. Beliau naik dan meletop dengan mendadak selepas 2 minggu menyertai Real Estate Company kerana beliau telah berjaya membuat jualan rumah pertama. Selang 2 minggu selepas itu, beliau berjaya mendapat jualan kedua. Dan selepas itu, jualan beliau amat konsisten. Setiap bulan ada saja jualan. Dan selepas beberapa bulan beliau sebagai Ejen Hartanah yang berdaftar, beliau telah digelar "Senior Ejen" dan telah mencapai tahap "Top Ejen" dengan jualan yang sungguh pantas dan efektif hinggalah ke hari ini.

Beliau amat teruja untuk memberitahu dan berkongsi pengalaman kepada anda yang meminati bidang ini. Kepada yang masih "blur" dan baru, inilah masanya untuk anda tahu bahawa Kerjaya Ejen Hartanah adalah profesyen yang memberi pulangan yang amat lumayan.

Ishmael Ho

Beliau adalah pemegang LLB (bidang perundangan) dari United Kingdom. Beliau menceburi Industri Hartanah dari sudut perundangan serta melebarkan sayap dalam industri hartanah dengan menyertai syarikat CUSHMAN & WAKEFIELD MALAYSIA.

Sebagai salah seorang penyelidik di Unit Penyelidikan syarikat SUNRISE BERHAD sebelum menyertai Pusat Kajian HO CHIN SOON sebagai Pengurus Projek Khas memberi peluang kepada beliau untuk mendalami ilmu dalam industri hartanah.

Dari masa ke semasa beliau juga banyak menulis rencana berkenaan Pembangunan Hartanah.

Beliau juga telah diiktiraf sebagai Penceramah bertaraf antarabangsa untuk iProperty, Property Guru, Nan Yang Property Expo, Chinese Chamber of Commerce, Asia Geospatial Forum 2013, FIABCI Malaysia Young Member Committe 2013-2014 dan sering dijemput sebagai penceramah undangan bagi majlis-majlis pelancaran tertutup oleh para Pemaju Hartanah di seluruh Malaysia.

Khairul Anuar Bin Shaharudin

Berumur 40 tahun, adalah tuan punya firma guaman Khairul, Suhaila & Hazlina, di Bandar Sunway, Petaling Jaya yang ditubuhkan pada tahun 2000. Firma guaman itu menyediakan khidmat khusus untuk penyelesaian masalah hartanah, banking dan korporat. Dalam kerjayanya selama 14 tahun, pernah menjadi peguam jenayah, sivil dan syariah.

Seorang penulis buku '40 Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying a Residential Property in Malaysia', '40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia', '40 More Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying a Residential Property in Malaysia' dan buku elektronik '40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia'. Buku '40 Question You Should Ask Your Lawyer Before Taking A Housing Loan' akan diterbitkan pada tahun ini.

Pernah menjadi ahli Jawatankuasa Peguam Selangor dan Bar Council. Beliau menulis di blog Legal Cat-astrophe dan aktif di dalam sosial media bawah nama @kruel74. Beliau juga mempunyai ijazah sarjana Certified Islamic Finance Professional (CIFP) dari Universiti kewangan Islam milik Bank Negara, INCEIF yang diperolehinya pada 2010.

CR. Fadzli UNIC

Seorang Kaunselor berdaftar (KB02716) & Pengarah Urusan UNIC Dot My Pro Sdn Bhd yang mempunyai anak syarikat UNIC Biotrade Sdn Bhd, UNIC Nasyeed & Training Consultants dan UNIC Records. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) Kepujian Kelas Pertama, Universiti Putra Malaysia, Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun, Kedah dan SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanin, Kota Bharu (1997-2002).

Merupakan ahli kumpulan nasyid UNIC, kolumnis slot artikel motivasi majalah Muslimah, Motivator untuk Seminar Psikologi Remaja Muslim anjuran Utusan Malaysia dan YADIM Motivator di peringkat sekolah dan universiti.

Sering menjadi penceramah dalam Program Tazkirah dan Muhasabah di TV Al-Hijrah, Tetamu Salam.fm untuk tajuk Hijrah Remaja dan slot Salam Syifa'. Tetamu untuk program GPS Iman di TV3, Pengacara rancangan pagi "Assalamualaikum" di TV Al-Hijrah, pengacara Al-Kuliyyah di TV3 dan pengacara rancangan "Square Per Foot" di TV Al-Hijrah.

Coach Bahar

Di sebuah pekan kecil di Parit Raja, Batu Pahat. Beliau dikatakan kurang siuman kerana bercita-cita membuka sebuah hotel dan membeli beberapa blok bangunan yang menjadi tempat pembuangan sampah beberapa tahun lalu.

Kini, rangkaian D'impian telah berkembang kepada D'impian Inn (Shah Alam), D'impian Country Resort dan D'impian Resort & Training Center (Muar), D'impian Inn, D'impian Kopitiam dan Mohamed Long Chinese Muslim Food (Batu Pahat) serta beberapa buah perniagaan lain yang berasaskan "online" & "offline".

Kini, beliau memilih untuk bersara awal dari profesyen beliau sebagai Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk menumpukan perhatian beliau dalam bidang perniagaan, latihan keusahawanan dan pemilikan hartanah di sekitar Batu Pahat dan Muar.

Sr Sulaiman Akhmady Mohd Saheh

Sr Sulaiman Akhmady Mohd Saheh kini merupakan Pengarah Penyelidikan & Perancangan Strategik di Rahim & Co iaitu sebuah firma guaman yang dipercayai sejak tahun 2001. Sebelum itu beliau berkhidmat sebagai Penolong Penilai di syarikat CB Richard Ellis di Melbourne , Australia yang memberi tumpuan kepada hartanah runcit.

Beliau adalah ahli Institusi Diraja Juruukur Malaysia ( RISM ) dan ahli Persatuan Penilai, Pengurus, Ejen dan Perunding Hartanah Sektor Swasta Malaysia ( PEPS ), dan merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif, Institut Pengurusan Harta Profesional Malaysia.

Beliau juga merupakan Ahli Panel Pakar dalam organisasi Penyelaras Penyelidikan Hartanah Kebangsaan ( NAPREC ) untuk Seksyen Analisis Industri Hartanah dan Ahli Majlis Gerson Lehrman Group.Beliau juga adalah mantan Ahli Jawatankuasa Penilaian untuk FIABCI Malaysia, Anugerah Hartanah Malaysia.

Apabila anda membuat keputusan untuk menyertai Konvensyen Pejuang Hartanah hari ini, anda akan mendapat yang berikut:

  • Tiket untuk menghadiri konvensyen 2 hari

  • BONUS: DVD1: Video-video Ahyat dari Segmen Jihad Hartanah TV AlHijrah, Rancangan "To The Point" Capital TV, Rancangan "Capital Today"

  • BONUS: DVD2: Pilihan Video Tips Pelaburan Hartanah daripada Ahyat Property TV.

  • Peta Hartanah 2014 istimewa yang ditaja PEJUANG HARTANAH.

  • HADIAH ISTIMEWA: Percuma Buku "Kembara Pejuang Hartanah, Dari Gaji RM500 Menuju 500 Hartanah" Oleh Ahyat Ishak

Sertai komuniti Facebook Pejuang Hartanah yang best Dan sedang berkembang dengan pesat sekarang.

Ini antara kata mereka:

Sebagai seorang Usahawan dan juga pelabur hartanah yang sudah berpengalaman, saya amat menggalakkan rakan-rakan serta seluruh rakyat Malaysia khususnya bumiputera untuk bersama-sama menjayakan Konvensyen Pejuang Hartanah yang diadakan pada Mei 2014 nanti. Pelbagai ilmu serta pengalaman dalam pelaburan hartanah untuk kita sama-sama kongsikan di sana nanti. Disamping itu, pelbagai teknik serta strategi-strategi yang berkesan dalam pelaburan hartanah akan di bongkarkan oleh "speaker-speaker" yang hebat. Harapan saya moga Konvensyen Pejuang Hartanah ini akan menjadi satu platform bagi kita sama-sama memperolehi keberkatan rezeki untuk menjadi pelabur hartanah yang berjaya di Dunia & Akhirat. Moga kita dapat sama-sama memperjuangkan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera demi memajukan ekonomi umat islam khususnya serta berjaya di dunia dan akhirat.Insya-Allah. Saya Pejuang Hartanah!!

Zairul
Pelabur Hartanah

Saya dapati Team Pejuang Hartanah memberi maklumat-maklumat yang amat berguna dan diperlukan sebagai "benchmark" untuk setiap pelabur hartanah yang baru mahupun pelabur hartanah yang lebih berpengalaman. Idea-idea diberi dapat membantu pejuang hartanah di Negara ini menjadi pelabur strategik dan mendapat "passive income" setelah bersara. Saya berharap orang yang diluar sana ambil inisiatif untuk menyertai Team Pejuang Hartanah dan mengambil manfaat daripadanya. Terima kasih.

Saya Pejuang Hartanah!!

Mohamed Zahirudin Bin Nazar Mohamed
Real Estate Negotiater

Cara penyampaian Tuan Ahyat a.k.a. Komander Hartanah yang senang faham & berinfomasi. Isu yang dikemukakan oleh Beliau juga adalah "up-to-date" dan ikhlas dari hati.

Konvensyen Pejuang Hartanah adalah event yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2014. Anda di luar sana yang berhajat untuk memiliki hartanah atau lebih hebat lagi menjadi pelabur hartanah Malaysia amat disarankan untuk datang ke Konvensyen tersebut. Anda pasti tidak menyesal!

Saya Pejuang Hartanah!!

Syed Azzim Sheik Ali
Ejen Hartanah

Teringat kata-kata Tuan Ahyat dalam pembentangannya, "Allah sampaikan mesej melalui orang lain". Saya bersyukur kerana "terpaksa" menghadiri program ini disebabkan "saja-saja" mengikut rakan.

Saya seorang yang "makan gaji", pekerja kerajaan dan jarang-jarang mengikuti program-program seperti yang dianjurkan oleh Team Pejuang Hartanah ini. Kini, Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan menemui insan hebat seperti Tuan Ahyat yang berjaya menarik minat dan membuka minda saya serta persepsi saya terhadap kepentingan memiliki hartanah.

Beliau juga banyak memberi info berkaitan langkah-langkah yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan hartanah. Mulai saat ini, saya rasa saya perlu lebih positif dengan seminar-seminar & program-program ilmu yang luar daripada urusan kerja saya untuk manfaat di dunia dan akhirat kelak, InsyaAllah.

Saya Pejuang Hartanah!!

Siti Hajar Ab Rahman
Guru

Program dan pendedahan yang Tuan Ahyat berikan telah membuka mata saya bagaimana cara untuk memiliki dan melabur di dalam bidang hartanah.

Di sini, saya lihat masih banyak lagi yang perlu saya dan anda semua tentunya, pelajari tentang isu-isu berkaitan hartanah seperti Lokasi, Keperluan, Harga, Jenis Hartanah, kebaikan serta keburukkan dan lain-lain.

Pendek kata, jika bila-bila Tuan Ahyat ada menjalankan program-program seumpama ini, memang sangat rugi bagi mereka yang tidak ambil peluang untuk menyertainya.

Saya Pejuang Hartanah!!

Auni Zhafran binti Mohd Nor
Pelajar Sarjana Pendidikan

Jadi Berapa Pelaburan yang anda perlukan untuk mendapatkan segala ilmu dari 10 orang Pejuang Hartanah ini..?

Anda cuma perlu laburkan sebanyak..

RM200 x 10 Pejuang Hartanah = RM2,000

RM1,000

RM444 seorang

RM699 untuk 2 orang (ANDA JIMAT RM189)

Harga dinaikkan pada 2 Mei 2014.

Sila tinggalkan sebarang soalan & komen anda di bawah. Komen anda amatlah dihargai. =)

facebook-logo-transparent Featured911 transparent-YouTube-logo-icon1